22.04.2011
Alhamdulillah aku masih dihidupkan setelah aku dimatikan...lega tidak perlu bergegas keluar; hari ini cuti umum bagi Negeri D bawah Bayu...hari cuti yang ditunggu-tunggu...manusia senantiasa disibukkan dengan hal-ehwal dunia. Adakah cukup bekalan untuk kehidupan yang abadi di sana??? Terkadang aku berfikir bahawa masa terlalu singkat...setiap detik mendekatkan kita kepada kematian. Semoga diri ini tidak akan alpa lagi..
Jumaat yang barakah banyakkan berselawat supaya mendapat safaat nabi; rutin mingguan membaca surah-surah yang berkaitan.
Jumaat yang barakah...tersentuh hati mendengar khutbah jumaat di paparan skrin TV1; khutbah yang disempurnakan oleh Sheikh Abdul Rahman Sudais Imam Besar Masjidil Haram.
Semoga Jumaat mendatang akan lebih baik dari jumaat kali ini Amin.
No comments:
Post a Comment