Tuesday, 26 April 2011

Allah Maha Mendengar

Entah mengapa berserabut minda pelbagai persoalan yang menerjah minda...kerja dan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan esok; Yun terlalu lelah dengan rutin harian. Perancangan awal nak selesaikan kelmarin, bergegas kembali untuk menyegarkan diri sebelum ke LHDN. Cuaca pada mulanya tidak merisaukan tetapi tiba-tiba hujan lebat turun; Ya Allah hujan terlalu lebat memaksa Yun untuk berpatah balik ke rumah, keadaan tidak mengizinkan.
Ya Allah berilah aku kecerdasan mental dan fizikal untuk beribadat kepadaMU; Allah hanya Engkau tempatku mengadu segalanya,dengan sifat RahmahMu Yun  digerakkan untuk bangun dan memohon bantuanMU..aku serahkan segalanya kepadaMU..
Pagi menjalani jadual harian seperti biasa.. Alhamdulillah akhirnya apa yang dirisaukan, difikirkan Allah telah permudahkan segalanya...Ya Rabb Engkau Maha Mendengar segala permohonan hambaMU...menitis air mata kesyukuran diakhir solat Asar; Ya Rabb jadikan aku sebagai hambaMU yang senantiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan.

Sunday, 24 April 2011

Hujung Minggu Untuk mengemas....

Ya Rabb permudahkan aku untuk beribadat kepadaMU Hanya untukMU Ya Rabb... doa disetiap penghujung solatku.Alhamdulillah dengan Kasih SayangMU aku dapat bangun dan mengerjakan rutin harian; sujud syukur kepadaMU..Ya Rabb berilah aku kecerdasan jasmani untuk beribadah dan istiqamah untuk mencari Nursakinah...

Sesuatu yang baru ,belajar untuk mencatat sesuatu di blog Nursakinah Ya ALLAH berkatilah dan ilhamilah aku untuk terus mencatat segala limpahan Kasih SayangMUdan KebesaranMU..

Dalam kesibukan menaip apa yang terlintas di ruang minda, mendapat sms dari abang Dr.Cha ada sesuatu yang perlu Yun sampaikan kepada Kak Lin ; tersentuh hati ,kedua mereka banyak mewarnai cerita  perjalanan hidup Yun. Tak sedar Yun menitiskan air mata...aku rindu saat-saat kita bersama dulu, ku pujuk hati untuk tidak terus melayani perasaan: Jangan Bersedih Tuhan Bersamamu...


Menerjah Kemalasan....memburu ilmu

23.04.2011

Alhamdulillah masih bernafas untuk menyedut udara ciptaan Allah! Rasa mengantuk.. mungkin disebabkan awal bangun. Apapun rasa gembira sangat untuk menghadiri kursus/ceramah Asas Haji di Masjid Negeri.
Disetiap penghujung solatku...semoga dijemput menjadi tetamuNYA yang paling istimewa,Ya Rabb perkenankan doa hambamu ini...

Dalam ketenangan dan kekusyukan mendengar ceramah Ustazah Salmah yang menarik perhatian saya, Macik di sebelah bertanya; " yang sudah dapat surat, sudah pernah p Mekah?" banyak soalan yang terkadang mengganggu fokus saya; apapun saya beri jawapan dengan mengatakan " Tak apa macik banyakkan berdoa..."
Berdetik di hati rasa kasihan dengan telatah macik yang duduk disebelah...semoga dia diberi Hidayah dan dipermudahkan Allah untuk menjadi tetamuNYA. Banyak persoalan diminda; begitu ramai individu pergi menunaikan fardhu Haji, rukun Islam yang ke Lima, dan adakah saya dan mereka juga benar-benar faham dengan konsep ibadah tersebut?? Adakah aku dan mereka benar-benar bersedia untuk menjadi tetamuNYA???

Ya Rabb aku memohon keredhaanMU untuk menjadi tetamu sekali lagi; setelah aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki di bumi ambiya' untuk mengerjakan Umrah! semoga kunjunganku seterusnya menjadi tetamu yang paling istimewa dan seterusnya mendapat haji yang mabrur Amin.

Terngiang-ngiang di telinga pesanan Ustazah Salmah; banyakkan solat malam dan memohon agar benar-benar dijemput menjadi tetamuNYA.. Insyallah aku memohon keredhaan dan bantuanNYA untuk membuat persediaan  yang terbaik..Ya Rabb perkenankan doa hambaMu yang hina ini..

Jumaat Yang Barakah

22.04.2011

Alhamdulillah aku masih dihidupkan setelah aku dimatikan...lega tidak perlu bergegas keluar; hari ini cuti umum bagi Negeri D bawah Bayu...hari cuti yang ditunggu-tunggu...manusia senantiasa disibukkan dengan hal-ehwal dunia. Adakah cukup bekalan untuk kehidupan yang abadi di sana??? Terkadang aku berfikir bahawa masa terlalu singkat...setiap detik mendekatkan kita kepada kematian. Semoga diri ini tidak akan alpa lagi..
Jumaat yang barakah banyakkan berselawat supaya mendapat safaat nabi; rutin mingguan membaca surah-surah yang berkaitan.

Jumaat yang barakah...tersentuh hati mendengar khutbah jumaat di paparan skrin TV1; khutbah yang disempurnakan oleh Sheikh Abdul Rahman Sudais Imam Besar Masjidil Haram.

Semoga Jumaat mendatang akan lebih baik dari jumaat kali ini Amin.