Tuesday, 17 January 2012

HAKIKAT INSAN

Semenjak KY menemui maklumat ini dari satu blog yang banyak  memberi info untuk KY terus memahami  sesuatu tentang Hakikat Insan.. Ya Allah Engkau Maha Pengasih & Penyayang kepada hamba-hambaMU.

Seingat KY malam tu terbangun dan terus solat Tahajud,solat taubat dan zikir AS dan lantas tidur....( bermimpi ) dan sangat yakin tentang mimpi tersebut; keesokannya 07/01/2012 mendapat bahan bacaan yang sangat-sangat berharga....beberapa hari yang lalu sehinggalah semalam KY tidak pernah rasa letih untuk terus mentalaah isi kandungannya; Doa yang tak lekang dibibir ;

" Ya Allah Engkaulah tujuanku, KeredhaanMUlah yang ku dicari, hamba mengharapkan kasih-sayangMU serta mengharap cinta MakrifatMU....amin..."


Ya Allah berilah aku Taufik dan HidayahMU...

Tuesday, 10 January 2012

Catatan Ulung 2012/1433



Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t dapat menyiapkan tugasan harian; setiba dirumah jarum jam didinding menunjukkan 4.53pm, penat jua menghadiri mesyuarat MPS, apapun amat bersyukur dapat membentang walaupun diberitahu disaat-saat terakhir;

Ini merupakan catatan pertama ditahun baru 2012; adakah terlalu sibuk sehingga tiada langsung masa untuk mencatat sesuatu??? ya sibuk...sibuk.. dengan putaran detik masa yang tidak akan berhenti...manusia senantiasa tertipu dengan dunia; Ya Allah berilah hambamu ini Taufik & Hidayah....

Selepas melepaskan lelah sebentar KY terus mencapai lap-top untuk membuka email dan ruangan yang sangat-sangat digemari KRTS & RKDJO; teruja dengan definasi Cemerlang oleh prof MKI-....untuk menyembah Allah yang Maha Esa.Begitu juga cerita Pn. Roza yang amat-amat menyentuh hati tanpa sedar menitis air mata, membaca bait-bait ayat; berziarah ke Makam Rasuluallah, selawat & salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW.Ya Allah Engkau Maha Pengasih & Maha Penyayang kepada hamba-hambaMU...

Mengimbas kembali mimpi pada  malam 07/01/2012, membuat KY benar-benar sayu....entah perasaan yang berbaur; Mimpi ternampak seorg yang berjubah putih dari jarak yang jauh dan seolah-olah orang tersebut mendekat kawan KY dan KY menyatakan bahwa orang yang berjubah putih tersebut ialah......KY terbangun kira-kira jam 4.00am dan terus solat Tahajud.

Keesokan hari tergerak hati untuk membuka  antara laman sesawangan yang menjadi kegemaran dan SubhanAllah ketemu dengan bahan yang sangat berharga ....benar-benar teruja..terus download dan mengutuskan ucapan terima kasih kpd individu tersebut.. KY membaca dan terus membaca... SubhanAllah,Alhamdulillah, AllahuAkhbar, begitu luasnya ILMU ALLAH....Ya Allah jadikanlah hambamu ini orang-orang yang senantiasa berSYUKUR, tunduk dan tawadduk KepadaMU...amin.

Saturday, 17 September 2011

Catatan Ramadhan Yang Dirindui...

Ramadhan telah berlalu...begitu cepat detik berlalu; Begitulah jua perjalanan kehidupan kita di dunia ini yang senantiasa menghampirkan  kita kepada DETIK KEMATIAN;

Ya Allah aku memohon keredhaanMU agar amalku di bulan Ramadhan yang lalu diterima, Ampunkanlah segala dosa-dosaku; Aku merindui untuk bangun seawal 3.30am; Ya Allah hanya untukMU aku berbicara hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya...telah tertanam dalam dilubuk hati Bahwa ALLAH senantiasa bersamaku.....anda tidak bersendirian Ingat!!!! ALLAH sangat hampir dengan kita Yang Maha Lembut, Maha Mengetahui Segalanya....
Diminggu-minggu terakhir ramadhan selepas solat Dhuha Yun terlelap diatas sejadah....dan menghampiri waktu zhuhor terbangun dan beberapa detik yang lalu ingat mimpi sebentar tadi; melihat MG membasuh pakaian & yun seolah-olah nak solat dan kemudian yun bercakap kepada MG  ( yang duduk disebelah) mengatakan bahwa arwah Abang mengajaknya untuk makan; MG mengatakan nantilah....; suasana itu seperti di ruang tamu; Apakah petanda mimpi ini??? dan hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya-ku serahkan kepadaMU...beri aku petunjuk ke jalan yang Engkau redhai amin....

Saturday, 16 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Hujung minggu untuk melepaskan lelah....tetapi kelmarin perlu memenuhi jadual untuk bersama Dahh ...alah beli Ink untuk mesin...semoga Allah berkati segala usaha kami ini Amin...singgah di kedai Mamak untuk roti canai dan secawan teh tarik...masih terasa tak puas tidur semalam melayar internet untuk mencari bahan bacaan ya Blog Majelisrasullullah SAW...Ya Rabb Yun sangat teruja untuk membaca respon Habib Munzir dengan soalan-soalan forum...entah mengapa mengalir air mata membaca bait-bait ayat yang dinyatakan...tersentuh hati...bagaimana Orang-orang yang terpilih begini mudah menyampaikan mesej yang sungguh berkesan...Yun cuba untuk dapat berinteraksi dalam blog ni tapi tidak dapat semoga aku ada peluang untuk menjadi pesertanya..
Petang singgah sebentar di rumah Kak Lin, berkesempatan bertemu Ibu/Macik Wan pelbagai cerita dan perkongsian ilmu yang dibicarakan..
Letih...apapun masih cuti khas alangkah baiknya kalau dapat solat, sebab malam ni mengikut perkiraan adalah Malam Nisfu Syaaban.. tak apa pujuk hati sendiri untuk mengingatkan bahwa masih boleh berzikir...ambil wudhu untuk melelapkan mata jam 10.30pm sebelum tu telah siap untuk setkan alarm untuk bangun jam 3.00am.
Alhamdulillah dapat bangun, terus brgegas ambil wudhu dan memulakan amalan yang termampu...Ya Allah makbulkan doa-doakanku di penghujung malam yang hening ini...jadikan aku hamba-hamba yang Engkau sayangi dan diterima amal ibadatnya Amin...Hidupkan aku dalam nikmatmu dan matikan aku dalam rahmatMU..
Menghampiri waktu subuh Yun terlelap dan terkejut dengan mimpi, jam menunjukkan 7.20am.....mimpi lagi; melihat Ani sedang duduk dan Yun tanya buat apa dia mengarahkan ke arah sinaran matahari dan Yun jua turut duduk dekat dia...pelik jua mimpi apa maknanya??? selepas membasuh muka tergerak hati untuk membuka lap top dan teruskan email kepada Ani..

Friday, 15 July 2011

Rindu...???

Menjalani rutin harian....Jumaat yg berkat...cuti khas tak mengapa boleh berselawat...Ah mimpi lagi; Dia lagi...pemimpin tu berjubah putih...mengapa ya dalam bulan ni saja dah 2 kali mimpi dia?? biarlah hanya Allah yang Maha Mengetahuinya...
11.50am bergegas keluar... "Puan ada hal penting...." itu saja yang sempat dinyatakan, terus masuk dalam kereta dan pastinya Yun akan mencongaku ntuk melalui jalan yang tidak sesak-terlintas di fikiran bagaimana perjumpaan dengan ustaz ni...apa yang perlu kami bincangkan..alamak surat agreementpun tak masuk dlm fail lagi...terpaksa mengeluarkan dari beg semasa lampu merah....Ya Allah terlalai untuk banyakan berselawat...dan dahpun sampai depan pagar SMKBR, syukur guard tak tanya; Allah permudahkan segala urusan & dapat menikmatikan nasi goreng seafood yg murah & sedap!!!
Dalam perjalanan pulang hujan renyai-renyai...entah sayu hati & terasa rindu....tak sedar mengalir air mata....hanya doa yang mampu diucapkan Beri aku kekuatan untuk semua ini....Berilah aku pahala dan ganjaran dengan Ujian ini amin...

Tuesday, 26 April 2011

Allah Maha Mendengar

Entah mengapa berserabut minda pelbagai persoalan yang menerjah minda...kerja dan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan esok; Yun terlalu lelah dengan rutin harian. Perancangan awal nak selesaikan kelmarin, bergegas kembali untuk menyegarkan diri sebelum ke LHDN. Cuaca pada mulanya tidak merisaukan tetapi tiba-tiba hujan lebat turun; Ya Allah hujan terlalu lebat memaksa Yun untuk berpatah balik ke rumah, keadaan tidak mengizinkan.
Ya Allah berilah aku kecerdasan mental dan fizikal untuk beribadat kepadaMU; Allah hanya Engkau tempatku mengadu segalanya,dengan sifat RahmahMu Yun  digerakkan untuk bangun dan memohon bantuanMU..aku serahkan segalanya kepadaMU..
Pagi menjalani jadual harian seperti biasa.. Alhamdulillah akhirnya apa yang dirisaukan, difikirkan Allah telah permudahkan segalanya...Ya Rabb Engkau Maha Mendengar segala permohonan hambaMU...menitis air mata kesyukuran diakhir solat Asar; Ya Rabb jadikan aku sebagai hambaMU yang senantiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan.

Sunday, 24 April 2011

Hujung Minggu Untuk mengemas....

Ya Rabb permudahkan aku untuk beribadat kepadaMU Hanya untukMU Ya Rabb... doa disetiap penghujung solatku.Alhamdulillah dengan Kasih SayangMU aku dapat bangun dan mengerjakan rutin harian; sujud syukur kepadaMU..Ya Rabb berilah aku kecerdasan jasmani untuk beribadah dan istiqamah untuk mencari Nursakinah...

Sesuatu yang baru ,belajar untuk mencatat sesuatu di blog Nursakinah Ya ALLAH berkatilah dan ilhamilah aku untuk terus mencatat segala limpahan Kasih SayangMUdan KebesaranMU..

Dalam kesibukan menaip apa yang terlintas di ruang minda, mendapat sms dari abang Dr.Cha ada sesuatu yang perlu Yun sampaikan kepada Kak Lin ; tersentuh hati ,kedua mereka banyak mewarnai cerita  perjalanan hidup Yun. Tak sedar Yun menitiskan air mata...aku rindu saat-saat kita bersama dulu, ku pujuk hati untuk tidak terus melayani perasaan: Jangan Bersedih Tuhan Bersamamu...