Tuesday, 26 April 2011

Allah Maha Mendengar

Entah mengapa berserabut minda pelbagai persoalan yang menerjah minda...kerja dan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan esok; Yun terlalu lelah dengan rutin harian. Perancangan awal nak selesaikan kelmarin, bergegas kembali untuk menyegarkan diri sebelum ke LHDN. Cuaca pada mulanya tidak merisaukan tetapi tiba-tiba hujan lebat turun; Ya Allah hujan terlalu lebat memaksa Yun untuk berpatah balik ke rumah, keadaan tidak mengizinkan.
Ya Allah berilah aku kecerdasan mental dan fizikal untuk beribadat kepadaMU; Allah hanya Engkau tempatku mengadu segalanya,dengan sifat RahmahMu Yun  digerakkan untuk bangun dan memohon bantuanMU..aku serahkan segalanya kepadaMU..
Pagi menjalani jadual harian seperti biasa.. Alhamdulillah akhirnya apa yang dirisaukan, difikirkan Allah telah permudahkan segalanya...Ya Rabb Engkau Maha Mendengar segala permohonan hambaMU...menitis air mata kesyukuran diakhir solat Asar; Ya Rabb jadikan aku sebagai hambaMU yang senantiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan.

No comments:

Post a Comment