Saturday, 16 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Hujung minggu untuk melepaskan lelah....tetapi kelmarin perlu memenuhi jadual untuk bersama Dahh ...alah beli Ink untuk mesin...semoga Allah berkati segala usaha kami ini Amin...singgah di kedai Mamak untuk roti canai dan secawan teh tarik...masih terasa tak puas tidur semalam melayar internet untuk mencari bahan bacaan ya Blog Majelisrasullullah SAW...Ya Rabb Yun sangat teruja untuk membaca respon Habib Munzir dengan soalan-soalan forum...entah mengapa mengalir air mata membaca bait-bait ayat yang dinyatakan...tersentuh hati...bagaimana Orang-orang yang terpilih begini mudah menyampaikan mesej yang sungguh berkesan...Yun cuba untuk dapat berinteraksi dalam blog ni tapi tidak dapat semoga aku ada peluang untuk menjadi pesertanya..
Petang singgah sebentar di rumah Kak Lin, berkesempatan bertemu Ibu/Macik Wan pelbagai cerita dan perkongsian ilmu yang dibicarakan..
Letih...apapun masih cuti khas alangkah baiknya kalau dapat solat, sebab malam ni mengikut perkiraan adalah Malam Nisfu Syaaban.. tak apa pujuk hati sendiri untuk mengingatkan bahwa masih boleh berzikir...ambil wudhu untuk melelapkan mata jam 10.30pm sebelum tu telah siap untuk setkan alarm untuk bangun jam 3.00am.
Alhamdulillah dapat bangun, terus brgegas ambil wudhu dan memulakan amalan yang termampu...Ya Allah makbulkan doa-doakanku di penghujung malam yang hening ini...jadikan aku hamba-hamba yang Engkau sayangi dan diterima amal ibadatnya Amin...Hidupkan aku dalam nikmatmu dan matikan aku dalam rahmatMU..
Menghampiri waktu subuh Yun terlelap dan terkejut dengan mimpi, jam menunjukkan 7.20am.....mimpi lagi; melihat Ani sedang duduk dan Yun tanya buat apa dia mengarahkan ke arah sinaran matahari dan Yun jua turut duduk dekat dia...pelik jua mimpi apa maknanya??? selepas membasuh muka tergerak hati untuk membuka lap top dan teruskan email kepada Ani..

Friday, 15 July 2011

Rindu...???

Menjalani rutin harian....Jumaat yg berkat...cuti khas tak mengapa boleh berselawat...Ah mimpi lagi; Dia lagi...pemimpin tu berjubah putih...mengapa ya dalam bulan ni saja dah 2 kali mimpi dia?? biarlah hanya Allah yang Maha Mengetahuinya...
11.50am bergegas keluar... "Puan ada hal penting...." itu saja yang sempat dinyatakan, terus masuk dalam kereta dan pastinya Yun akan mencongaku ntuk melalui jalan yang tidak sesak-terlintas di fikiran bagaimana perjumpaan dengan ustaz ni...apa yang perlu kami bincangkan..alamak surat agreementpun tak masuk dlm fail lagi...terpaksa mengeluarkan dari beg semasa lampu merah....Ya Allah terlalai untuk banyakan berselawat...dan dahpun sampai depan pagar SMKBR, syukur guard tak tanya; Allah permudahkan segala urusan & dapat menikmatikan nasi goreng seafood yg murah & sedap!!!
Dalam perjalanan pulang hujan renyai-renyai...entah sayu hati & terasa rindu....tak sedar mengalir air mata....hanya doa yang mampu diucapkan Beri aku kekuatan untuk semua ini....Berilah aku pahala dan ganjaran dengan Ujian ini amin...